- Mendapat maklumat mengenai Pertandingan Mencipta Laman Web Komuniti
14 Ogos 2007 - Selasa
- Semua ahli berkumpul bersama penasihat kumpulan
- Membincangkan nama kumpulan dan projek kemasyarakatan yang akan diadakan.
- Mula memilih free web hosting untuk dijadikan tapak laman rasmi kumpulan.
- Mencari maklumat tentang Sabah dan menetapkan destinasi yang akan dilawati
- Mula merangka cadangan projek untuk dimuatkan dalam laman rasmi kumpulan.
- Melaksanakan kerja-kerja terakhir dalam laman Bescomm.
- Mendaftarkan diri sebagai salah satu kumpulan dalam fasa satu Maxis CyberlinQ
di bawah kategori Pusat Komuniti.
- Laman Bescomm disiapkan secara rasmi dan bersedia untuk dinilai oleh
~Fasa Kedua~
1 September 2007 - Sabtu
- Keputusan pemenang Fasa Kedua
- Bescomm berjaya terpilih!
- Mengemaskini laman web
2 September 2007 - Ahad
- Mesyuarat Implementasi Projek 1 ( sila rujuk Laporan Projek )
- Perjumpaan rasmi semua ahli bersama penasihat kumpulan.
4 September 2007 - Selasa
- Mula mengarang Kertas Kerja untuk urusan kutipan sumbangan.
- Memperkemaskan urusan surat-menyurat ( akan dilampirkan di laman ini )
- Terus mengemaskini laman web.
- Mengumpulkan semua ahli untuk persembahan
5 September - 8 September 2007
- Peserta persembahan terus berlatih.
- Mula menyenaraikan dan mengagihkan tugasan untuk mengutip sumbangan
- Terus mengemaskini laman web.
9 September 2007 - Ahad
- Memperkemaskan kertas kerja.
- Berunding dengan penasihat dan kaunselor
- Menyiapkan urusan surat-menyurat.
- Mula menghubungi hotel-hotel untuk mengadakan persembahan.
10 September 2007 - Isnin
- Mula membincangkan persediaan aktiviti, destinasi, tarikh, tempat penginapan dan makanan serta minuman untuk ahli rombongan ( peserta & fasilitator ) di Sabah.
- Maklumat lanjut -- Laporan Projek
- Kami mempunyai masalah untuk mengadakan persembahan di hotel-hotel :
- Tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk berlatih. ( Para peserta dan ahli kumpulan kami masih dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Jadi kami tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk mengadakan latihan. Kesempatan untuk berlatih juga sangat singkat, iaitu pada waktu petang.)
- Tiada tarikh yang sesuai untuk mengadakan persembahan. ( Kami menjangkakan kami akan mengadakan persembahan sebelum bulan Ramadhan, namun setelah menghubungi pihak hotel, mereka meminta masa yang lebih, untuk tujuan publisiti dan sebagainya. Malangnya, kami tidak mempunyai masa yang secukupnya kerana kami hanya memperuntukkan sebulan untuk mengumpulkan wang, manakala sebulan lagi digunakan untuk mengumpul peserta dan terus ke Sabah.)
- Kami terpaksa membatalkan hasrat kami untuk mengutip derma dengan cara persembahan di hotel-hotel. Kami akan mengumpulkan sumbangan dengan cara mengutip dari badan-badan korporat sahaja.
11 September 2007 - Selasa
- Menetapkan tarikh ke Sabah. (Cadangan - 21 - 24 Oktober 2007)
- Menyenaraikan destinasi serta nombor untuk dihubungi di Sabah.
- Menyediakan surat-menyurat serta edaran untuk ahli rombongan. (Akuan kesihatan, maklumat peribadi, soal selidik dan sebagainya)
12 September 2007 - Rabu
- Mengadakan rundingan mengenai perjalanan projek.
- Mengadakan jadual dan meneliti setiap perjalanan projek ( Mengumpulkan wang, menghimpunkan peserta, menghubungi tempat tujuan di Sabah dan sebagainya) mengikut kronologi yang betul dan teratur.)
13 September 2007 - Khamis
- Membahagikan tugas untuk mengumpul dana.
- 15 September - 20 September dipilih sebagai minggu mengumpulkan dana dan penajaan.
14 September 2007 - Jumaat
- Menerima panggilan daripada pihak urusetia Maxis CyberlinQ.
- Kumpulan kami diminta terus mengemaskini laman web.
15 September 2007 - Sabtu
- Mengemaskini laman web.
- Menghantar e-mel kepada urusetia Maxis CyberlinQ untuk memohon maaf kerana kurang mengemaskini laman web.
Cadangan Aktiviti Minggu Ini
( 15 September - 21 September 2007 )
- Mula mengumpulkan dana
- Terus mengemaskini laman web. (Mengemaskini ruang Laporan Projek & Galeri)
- Mula menghubungi tempat tujuan di Sabah untuk mengadakan lawatan berinformasi.
- Menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk menyenaraikan peserta lawatan.
- Mengadakan Majlis Berbuka Puasa sesama ahli kumpulan sebagai tanda kesyukuran terpilih ke Fasa Kedua Maxis CyberlinQ.
*SEHUBUNGAN DENGAN BEBERAPA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, PIHAK KAMI TELAH SEPAKAT MERENCANAKAN SEBUAH PROJEK BARU YANG DINAMAKAN DESTINASIKU. IKUTI AKTIVITI-AKTIVITI KAMI YANG SETERUSNYA...
(29 Oktober 2007)
- Membuat temujanji dengan En.Wan Mohd Halim bin Wan Mohd Kadir(Ketua Unit Perancang Bandar) di Majlis Daerah Dungun.
- Diberi taklimat dan maklumat berkenaan lokasi-lokasi pelancongan, lakaran pelan daerah Dungun dan cadangan tempat untuk meletakkan papan tanda pelan oleh En.Wan Mohd Halim.
(31 Oktober 2007)
- Mengambil lakaran peta secara rasmi dan memastikan kebenaran peta dan kesahihan tempat yang dikehendaki.
(1 November 2007)
- Memulakan urusan dengan pengurus kedai Anuar Art bagi urusan tempahan peta pada papan tanda pelan.
- Memberikan lakaran peta rasmi kepada pengurus kedai.
(3 November 2007)
- Memantau persiapan peta pada papan tanda pelan di kedai berkenaan.
- Pengurus kedai memberi lakaran sebenar peta untuk dipersetujui oleh ahli-ahli bescomm.
- Mengemaskini website.
(4 November 2007)
- Mengadakan perbincangan berkumpulan untuk mendapatkan kepastian dan perkembangan keseluruhan projek.
(5 November 2007)
- Mengemaskini website
- Memberi maklumbalas serta mengesahkan penempahan
- Membuat pembayaran dan mendapatkan resit bayaran papan tanda pelan.
(15 November 2007)
-Sebagai tanda kemuncak fasa 2 projek Destinasiku, kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan di sebuah restoran makanan segera sekitar daerah Dungun. Jamuan ini juga merupakan tanda penghargaan kepada individu yang memberi sokongan kepada kami secara langsung atau tidak langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan